Ahad, 20 November 2011

SuKaR bAnGuN PaGi???? LiHatLaH TiPs & KeLeBiHaN BaNgUn SuBuH di aWal PaGi





Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!
KELEBIHAN BANGUN DI AWAL PAGI

Bangun di awal pagi juga memberikan permulaan hari yang hebat. Ia seolah-olah menyapa hari yang mendatang dan  memberi motivasi minda, sekaligus memulakan hari dengan minda yang positif.


Bangun sebelum matahari terbit juga dapat memberi peluang untuk diri menikmati begitu indahnya saat matahari terbit. Meyaksikan begitu hebatnya kekuasaan Tuhan boleh memberi keinsafan dalam diri, lantas menyebabkan diri berzikir kepada Allah yang satu.
Bagi yang beragama Islam, bangkit di awal pagi juga memberi peluang kepada diri untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan bertahajud.

" Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Al-Isra' – 79)

Dengan itu, dapatlah diri mengaut pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan di akhirat kelak. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah untuk menanam semata-mata, dan hasilnya akan dituai di akhirat kelak.

Ketenangan jelas terasa apabila si fajar kekuningan di langit. Awal pagi adalah sangat produktif  buat manusia. Tanpa bunyi yang membingitkan dan tanpa gangguan dari persekitaran.

Minda juga terasa segar jika dibandingkan dengan waktu yang lain. Menghirup udara yang bersih, segar  dan dinginnya juga mampu menyegarkan badan.

Di awal pagi juga adalah waktu yang baik untuk melakukan perancangan untuk sepanjang hari. Dengan itu, dapatlah menentukan matlamat yang ingin dicapai pada hari tersebut agar semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Dengan bangun di awal pagi, kita akan mempunyai masa yang lebih untuk melakukan hobi dan kerja-kerja yang digemari selain bidang kerja.

Masa itu juga boleh digunakan untuk bersenam. Menghirup udara yang segar di pagi hari sewaktu bersenam boleh menyegarkan dan mengekalkan kesihatan badan.



Bagi yang beragama Islam pula, adalah amat disarankan untuk mengambil wuduk dan berdoa sebelum tidur bagi mengelak daripada gangguan syaitan yang gemar menguliti mimpi manusia. 

Menyedari akan kepentingan bangun awal untuk menunaikan solat Subuh juga membantu. Ini akan menyebabkan minda menetapkan agar bangun awal supaya menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Kebanyakan mereka yang berjaya juga sanggup mengorbankan tidur yang berlebihan dan keluar dari zon selesa demi mencapai kejayaan.

Amatlah rugi bagi insan yang mensia-siakan waktu pagi sedangkan begitu banyak manfaat yang dapat dikutip sementara menunggu mentari menyinar. 


Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan