Selasa, 15 Februari 2011

"HARI KEKASIH BUAT UMAT ISLAM"



Ketika Rasulullah di lahirkan dibantu para bidadari dari syurga dan bidannya Siti Maryam  (ibunya nabi ISA .AS ) dan Siti ASIAH ( isteri firaun yang taat ) dan para bidadari , serta ketika Rasullullah Lahir kota Mekah Di angkat setinggi - tingi nya sehingga dari kerajaan Roma terlihat , bahawa menandakan Rasulullah lebih tinggi darjatnya dari pada Raja - Raja di Roma pada waktu itu.......Subhanallah.....



اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 

INGATLAH HARI KEKASIH BUAT UMAT ISLAM YANG SEBENAR ADALAH Pada 15 Februari 2011 bersama 12 Rabiulawal 1432 hijrah, adalah hari kelahiran (maulud) rasul junjungan kita Rasullullah s.a.w.



Kita menyambutnya bertujuan untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan baginda menyebarkan islam.



Jom sama-sama Selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi muhammad s.a.w.


Allahumma sholli ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Bagaimanakah hubungan kita dengan Rasulullah?


Sebagai umatnya, bertanyalah siapa dan di manakah kedudukan Rasulullah di hati?



Lidah boleh sahaja mengatakan, “Rasulullah junjungan kita.” Tetapi benarkah begitu?



Benar atau tidak sebenarnya terzahir melalui tindak-tinduk dan perbuatan masing-masing.

Benarkah Cintaku Ini, Wahai Rasulullah?



Ada Syair Arab yang bermaksud:



"Sekiranya cintamu itu benar nescaya engkau akan mentaatinya,
kerana orang yang mencintai tentu akan mentaati orang yang dicintainya."

Cinta pada Rasulullah bukanlah terbukti dengan keluar berarak atau berprogram sempena maulid. Sambutan maulid nabi hanyalah jalan untuk mengingatkan pengorbanan dan seruan Rasulullah kepada umat khususnya kepada mereka yang lupa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sebenar baginda atau pendakwa semata-mata?

“Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (daripada ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.” (an-Nisa’: 80)


Diantara selawat-selawat yang telah diajarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam kepada umatnya, iaitu:


اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ ، اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ 


مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

“Ya, Allah curahkanlah selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan selawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, curahkanlah barakah kepada Nabi Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah curahkan barakah kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

1 ulasan:

  1. sama2lah kt memperingati hari kelahiran junjungan besar nabi muhammad SAW...allahummasolli 'ala muhammad...

    BalasPadam