Sabtu, 15 Januari 2011

Permainan Ikan dalam jaring

Ikan di dalam jaring

Senarai keperluan
1)Bahan atau peralatan : Tiada
2)Tempat :
a)       Kawasan lapang
b)       Kolam ataupun laut yang di bina dengan menggunakan kapur ataupun tepung. Ambil kapur dan lukis di                        atas lantai ataupun guna tepung dan taburkannya di atas rumput. Buat supaya berbentuk bulat.
3)Bilangan kanak-kanak : 20 hingga 25 kanak-kanak

Peraturan permainan
Ikan dalam jaring perlu keluar daripada jarring sebanyak mungkin.

Cara bermain
1)10 hingga 15 kanak-kanak dan berpegangan tangan dalam barisan memanjang menjadi jarring.
2)Jaring perlu berada di tepi kolam ataupun di tengah laut.
3)Separuh lagi kanak-kanak daripada kelas itu menjadi ikan.
4)Ikan perlu berada lebih kurang jarak 20 kaki daripada jaring.
5)Kanak-kanak bergerak di dalam kawasan yang di tandakan sebagai kolam. Mereka beraksi seolah-olah sedang berenang.
6)Apabila isyarat mula ataupun wisel dibunyikan, jarring cuba mengepung ikan.
7)Ikan itu boleh melepaskan dirinya dengan berlari menerobosi jaring, melompat ke atas ataupun ke bawah jaring.
8)Ikan tidak boleh berenang keluar dari kawasan kolam.
9)Ikan yang di tangkap dan keluar dari kawasan kolam semasa permainan tidak boleh bermain lagi.
10)Ulang permainan dengan bertukar jaring menjadi ikan dan sebaliknya.





Sumber: Permainan, lagu dan puisi kanak-kanak by Nani Menon

1 ulasan: