Bosan makan pasta dengan kuahnya? Tak tahu nak masak apa dengan pasta? Goreng ajee style orang bujang, kan senang.
Bahan-bahan ( 1-2 orang )
- 2-3 cawan pasta/macaroni (ikut size, nak lagi menarik boleh beli pasta shape yang rare e.g: siput)
- 1 pek kecil perencah nasi goreng adabi (boleh ganti dengan apa-apa perencah yang lain, tapi better dalam bentuk paste)
- 1 cawan mix vege
- Segenggam dada ayam yang dipotong dadu
- 2-3 sudu minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Lada sulah (ikut kepedasan)
- 2 SB Minyak untuk menggoreng, 2 SB minyak untuk merebus pasta
- Serbuk perasa (jika perlu)
Cara-cara
- Rebus pasta mengikut masa yang tertulis pada bungkusan pada air mendidih yang telah dicampurkan sedikit minyak.
- Siapsediakan bahan-bahan lain untuk menggoreng pada 6 minit sebelum pasta diangkat dan ditos.
- Panaskan minyak, dan gorengkan perencah nasi goreng bersama ayam sehingga daging mati. Besarkan sedikit api.
- Masukkan mix vege dan kacau lagi.
- TIPS: Angkat pasta 1-2 minit lebih awal dari masa yang tertera pada bungkusan. Ini untuk mengelakkan pasta dari terlalu lembik selepas digoreng semula.
- Perlahankan api, dan masukkan pasta yang dah siap ditoskan. Gaul semuanya sehingga sebati.
- Masukkan minyak bijan, serbuk lada sulah, garam dan gula. Rasa masakan, jika sudah ok, padamkan api dan siap untuk dihidang.
- Isi bahan-bahan hanyalah basic seperti masak nasi goreng, boleh ditambah lagi dengan pelbagai bahan lain jika mahu. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan