Sabtu, 13 November 2010

Harapan Itu Ada Pada Dirimu



alt
I am currently posted to Obstetrics & Gynaecology Department (wad perbidanan dan sakit puan), for a month. And this morning I had a chance to do per abdominal examination on a pregnant lady, who is currently in 32 weeks of gestation.
Sebetulnya sudah beberapa kali saya berpeluang buat abdominal examination, tapi kali ini saya memang betul-betul dapat rasakan bentuk bayi yang berada di dalam perut wanita tersebut.
Melekapkan permukaan tangan saya ke perutnya, pada ulnar border (bahagian sisi tapak tangan) – saya dapat confirmkan minggu kehamilan tersebut, and I am always amazed at the clear correlation between the gestational age  of the fetus and height of the fundus in centrimetres (maknanya, boleh confirmkan : ukuran ketinggian perut itu sampai paras mana bersamaan dengan berapa minggu kehamilan itu. MasyaAllah, cool kan! :D ).
Fundal grip – saya dapat rasa cephalic pole (bahagian kepala baby itu) dan podalic pole (bahagian belakang baby), umbilical grip – kedudukan baby itu,  dan first pelvic grip – dapat pegang dangrab kepala baby itu.
And I excitedly exclaimed; 'I can feel the baby!' Tersenyum ibunya.
Dan masa guna fetal Doppler itu, dapat dengar bunyi denyutan jantung baby (fetal heart sound) dari dalam perut ibunya.. Sangat terharu! Ada satu nyawa yang sedang berjuang di dalam sana, yang belum pasti apakah diberi peluang untuk melihat dunia?
Betapa harus sungguh kita bersyukur atas nikmat nyawa, terlahirnya kita atas muka bumi dan dibesarkan serta hidup dalam agama fitrah ini.
Satu lagi kes patient OPD (jabatan pesakit luar), wanita tersebut sedang hamil anak kedua, tetapi anak sulungnya meninggal 24 hari selepas dilahirkan beberapa tahun lalu, keranameconium aspiration syndrome
Meconium ialah najis bayi yang pertama selepas atau semasa proses kelahiran. Dan bayi sulung wanita itu meninggal sebab dia tertelan najisnya sendiri selepas dilahirkan (due to fetal distress), dan kemudian najis tersebut masuk ke paru-paru.
Di dalam rahim juga, kita terapung dalam najis kita sendiri. Bendalir amnion – atau air ketuban tu datang daripada kencing kita sebenarnya. Air kencing yang penting untuk pembentukan organ-organ seperti paru-paru, ginjal, usus, saluran makanan (esophagus) dan lain-lain.
Air kencing yang melindungi (sebagai 'absorbant'), yang membolehkan kita bergerak di dalam ruang yang sempit itu, dan yang membantu proses tumbesaran kita semasa dalam rahim bonda!
Kita juga sebenarnya menelan air kencing kita sewaktu di dalam kandungan ibu. Selepas kita telan, kita kencing semula dan telan semula. Itu normal bagi fetus yang sedang membesar di dalam rahim. Kalau kita tidak mampu untuk telan kencing itu, polyhydramnios akan berlaku.
Mungkin saja kita tidak mampu hidup hari ini kerana esophageal atresia, atau duodenal atresiasebagai punca ketidakmampuan menelan kencing itu.
Kalau kita tidak mampu kencing juga - Oligohydramnios – perihal tidak cukup bendalir amnionakan berlaku, yang boleh membawa kepada pelbagai anomalies (kecacatan-kecacatan anggota).
Saya juga pernah menyaksikan beberapa kelahiran secara normal (vaginal delivery). Subhanallah. Sangat menakjubkan betapa bagaimana Allah menjadikan ada daripada tiada.
Berada di wad OBG, saya melihat keajaiban ciptaan manusia. Pada masa yang sama, saya juga melihat betapa hinanya diri sebagai hamba.
Sudahlah lahir dari saluran yang berkongsi dengan saluran qubul, hampir pula dengan saluran dubur. Setelah itu selama beberapa bulan menelan najis sendiri berkali-kali! Maka masih layakkah kita ego dengan Sang Pencipta sedangkan Dia-lah yang memelihara di dalam ruang kecil diliputi 3 kegelapan itu?
Memandang hampa pada dunia, merenung diri yang penuh dosa, mengenangkan taubat yang berkali-kali dinoda. Benteng terakhir diri hanyalah rasa tidak berputus asa pada rahmat-Nya.
Namun sebagaimana Allah telah menciptakan ada daripada tiada, dan menghidupkan yang telah mati, bukankah harapan masih ada di situ? Ada pada penciptaan dirimu!
(Ibrahim berkata): "Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali." (Al Mumtahanah: 4)

1 ulasan:

  1. wei muiz cer ko tmbh skit kt blog ko ni. aq rser der yg krang la.............

    BalasPadam